Hari persandingan ini berlangsung di Dewan Sri Nanding, Hulu Langat , Selangor. Kebiasaannya pasangan mempelai akan mengenakan warna putih sebagai warna pernikahan tetapi kami memilih warna ini sebagai warna di hari persandingan kami. Baju songket bunga tabur ini telah mendapat cetusan ilham dari kami sendiri dan direka khas untuk hari persandingan kami.Kami memilih warna hijau dan merah jambu sebagai tema majlis kami pada hari itu.
Untuk hidangan pula, kami mempercayai katering dari YAPAF Sdn Bhd untuk menyediakan hidangan pada majlis yang bersejarah itu. Sesiapa yang berkeinginan, bolelah melayari www.usahawan.com.my/yapaf untuk keterangan lanjut.
Most recent comments... (In posting order)
Kami dari Yapaf Catering & Restaurant Sdn. Bhd. mengucapkan berbanyak tahniah kepada pengantin baru. Semoga melayari rumahtangga di dalam keadaan aman tenteram dan berbahagia ke akhir hayat.
assalamualaikum intan dearest!
rasa terharu nengok gambar2 ni..tambah sayu tuh sbb aku kat sini!!!!!! takpe..aku doakan ko bahgia ye! da memories we had in undergrads will always be freshly kept in my heart! those were the bitter-sweet beautiful ol days..take care of yaself n ya hubby ye..wish ya luck n happiness always!! nnt aku balik kita reunion ok? insyaAllah..salam sayang dr aku: kawan jatuh bangun kat ftsm...heheh
Sat 7-Aug-2004 19:46 Posted by:wai kawan baik awak :) - [Link]
nak tanya, sedap ke makanan from yapaf? ingat nak amik diorang for my wedding tapi tak tau sedap ke tak. sebab food test pon susah sebab selalunya for food test org akan masak sikit2..
Majlis Akad Nikah yang berlangsung pada 26 Jun 2004 bersamaan 8 Jamadilawal 1425 di Surau Taman Sri Nanding, Hulu Langat.
Majlis ini djalankan sejurus sahaja selepas solat Asar. Alhamdulillah... kami selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz sahaja.
Acara penyerahan cincin dan gelang tangan berlangsung di rumah pengantin perempuan.
Malam Berinai dijalankan selepas majlis Akad Nikah diadakan. Majlis ini dihadiri oleh sanak saudara, ahli keluarga dan jiran-jiran yang terdekat. Selepas maghrib, kami diarak dari hujung jalan hingga ke kawasan rumah dengan diiringi oleh kemeriahan 4 batang bunga api 'handymade' yang diimport khas dari Melaka Bandaraya Bersejarah.
Kami memilih fabrik jenis organza untuk menampak kelainan pada malam itu. Jangan terkeliru... warna baju kami pada malam itu bukan kuning...tapi hijau..rekaan khas dari TH Collection. Ada yang berminat?? Bolelah pergi ke butiknye di Pertama Complex
Most recent comments... (In posting order)
Nice both of you.. moga berkekalan hingga ke akhir hayat
Wed 21-Jul-2004 00:54 Posted by:J.A
Ye! Semoga bahagia selamanya.. Ermmm!! Ni majlis dah Ampat tawun maa... Mesti berbagai dugaan dah dilalui. Yang manis, yang masin, yang masam-masam hehhe.. kami di www.nandingdotcom.tk mendoakan anda sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah berikan! Insya Allah.
Salamz.